Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Suami Tak Tahan Tengok Saya 'Dipukul', Anak Juga Menangis - Ayu Raudhah

Sebagai seorang isteri, setiap apa yang akan dilakukannya perlulah dimaklumkan dan mendapat persetujuan daripada suami dahulu. Justeru Ayu Raudhah menjelaskan yang dia telah memaklumkan kepada Zaquan Adha mengenai babak yang akan lakonkanya dalam filem 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS)'.

"Saya pernah maklumkan suami mengenai babak yang saya akan lakonkan dalam LBS3 tetapi ketika itu dia tak nampak keadaan sebenar babak berkenaan. Hanya selepas menontonnya sendiri, baru dia cakap seperti apa yang ditulisnya di laman Twitter.

"Cuma tak sangka pula, dia akan muat naik status berkenaan. Malah ketika pratonton, dia memang tengok separuh jalan filem itu. Mungkin tak tahan tengok saya 'dipukul' dalam filem berkenaan ditambah dengan anak saya menangis.



"Lucunya, anak sulung saya berumur setahun setengah menangis sebab tengok babak saya dipukul. Tapi itu tak bererti suami akan halang saya berlakon lagi. Mungkin kalau watak sedemikian rupa yang agak ganas, dia akan larang. Kalau babak biasa, dia ok," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian online hari ini.

Adik kepada pelakon Rozita Che Wan itu berkata demikian ekoran status Zaquan di laman Twitter, yang nyata nampak pemain bola sepak kebangsaan itu tidak berpuas hati selepas menonton filem yang menyelitkan adegan isterinya bersama pelakon Iqram Dinzly. Malah Zaquan turut menulis, Ayu Raudhah selepas ini tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana penggambaran.

Turut mengulas mengenai babaknya bersama Iqram, ujar Ayu, kebanyakan babak membabitkan dia dan aktor itu memerlukan aksi pukul memukul di antara suami isteri. Ketika penggambaran berlangsung, memang beberapa kali babak tersebut perlu dirakamkan semula kerana dia tidak tahan dipukul.

Tambah ibu anak dua ini, dia juga trauma dengan setiap babak itu. Namun berpuas hati apabila hasil babak yang dilakukannya itu nampak cukup mengesankan meskipun ketika penggambaran azabnya hanya Tuhan saja yang tahu.

"Ketika penggambaran memang ada babak saya dicekik Iqram, hingga saya tak boleh bernyawa. Kepala saya ditunjal pun ada. Babak saya ditendang betul seperti yang ditulis Farid pun benar-benar saya alami. Bahkan ada juga babak saya ditolak sampai jatuh ke lantai," katanya.

Menurut Ayu lagi, setiap kali penggambaran dilakukan, Iqram akan minta maaf dengan apa yang dia lakukan kepada saya. Ayu menjelaskan beliau tidak mempunyai isu dengan Iqram.

"Cuma apabila melakukan babak yang seterusnya, dia (Iqram) akan mengulangi benda yang sama. Kalau tanya masa penggambaran dulu, jawapan saya mungkin tak perlulah sampai memukul dengan betul-betul sekalipun nak menjiwai watak.

"Benda dah lepas. Tapi saya agak serik untuk berlakon watak seumpama ini lagi," katanya. -MD
0 Komentar untuk "Suami Tak Tahan Tengok Saya 'Dipukul', Anak Juga Menangis - Ayu Raudhah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info