Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

3 Foto : Kekasih Baru Ammar Alfian Casandra Azman Yang Cantik


Kira-kira empat tahun lalu, nama Ammar Alfian sememangnya hangat di dada-dada akhbar disebabkan kontroversi ugutan bunuh kepada wartawan hiburan sehingga dirinya digam oleh semua media.

Malah, pada tahun lalu, Ammar dikatakan hampir bertumbuk dengan Syamsul Yusof dek kerana berebutkan Puteri Sarah Liyana yang kini sudah sah menjadi isteri kepada pengarah terkemuka itu.

“Saya gembira dengan kehidupan peribadi saya sekarang. Saya tak mahu ingatkan kontroversi saya yang lepas. Saya juga mengakui kini saya sedang mengenali seorang model bernama Casandra Azman yang berusia 22 tahun.

kekasih ammar alfian

Usia hubungan kami baru mencecah 5 bulan. Walaupun dia muda, tetapi dia memiliki perwatakan yang lebih matang dan kami sama-sama faham dengan kerjaya masing-masing.”

Bagaimanapun, pelakon itu belum lagi merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya kerana mahu fokus kepada karier terlebih dahulu.

“Saya sudah mula shooting sejak 3 bulan lalu selepas bertahun-tahun digam oleh wartawan. Saya juga sudah jumpa wartawan tersebut dan minta maaf. Saya akui saya memerlukan wartawan untuk bantu saya dalam industri.

Screen Shot 2014-11-09 at 11.32.53 PM

Dulu saya akui saya culture shock. Masa tu muda, terikut dengan budaya dan ibu bapa pula jauh daripada saya. Sekarang ni, saya mula berlakon pun dengan kebenaran ibu dan dorongan daripada peminat.”

Bercakap mengenai hal karier, Ammar kini sedang dalam proses penggambaran filem berjudul ‘Langit Cinta’ dan juga drama ‘Bila Chacha Masuk Asrama’.

-Sumber :http://www.ohbulan.com/foto-ammar-alfian-kekasih-baru-casandra-azman/
0 Komentar untuk "3 Foto : Kekasih Baru Ammar Alfian Casandra Azman Yang Cantik"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info