Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

3 Foto Mesra Chacha Maembong & Kekasih?

Percaya atau tidak, nama Chacha Maembong secara tiba-tiba menjadi perhatian media dek kerana baju yang direka oleh Ezuwan Ismail tidak digayakan semasa Anugerah Skrin baru-baru ini.

Tapi, lupakan sebentar isu tersebut kerana kami ada kontroversi yang lebih panas! Hehe. Sedang scroll newsfeed , kami terlihat 3 keping foto menarik di Facebook Media Hiburan.


Apa lagi kalau bukan foto mesra Chacha Maembong dengan seorang jejaka yang boleh tahan kacaknya. Itu boyfriend baru Chacha ke?

Kami rasa bukan niat Chacha mahu mencari publisiti murahan atau sengaja nak show off jejaka misteri tersebut seperti yang diperkatakan orang ramai.

Cuma, dah kebetulan mereka duduk di belakang juri pertandingan Maharaja Lawak, Taufik Batisah semalam. Jadi, mestilah ‘terlepas’ juga beberapa adegan mereka di kaca televisyen.


Tapi, kami pun tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka tersebut sebenarnya. Kalau betul kekasih hati Chacha, dah boleh dah kot naik pelamin sekali dengan kakaknya, Emma Maembong. Betul tak?

Sumber : http://www.ohbulan.com/foto-mesra-chacha-maembong-kekasih/
0 Komentar untuk "3 Foto Mesra Chacha Maembong & Kekasih?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info