Sam, 27, berkata majlis pertunangan itu berlangsung secara sederhana di kediaman wanita itu di Masjid Tanah, Melaka pada 6 Oktober lalu.
"Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," ujarnya.
Sam ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punya di pejabat Sony Music Malaysia, Publika di sini, Selasa.
Sam dan Aida, 27, telah berkenalan selama empat tahun sebelum mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahun lalu.
Jelas Sam, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka.
"Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya.
"Kesian juga dekat Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan banyak pihak," katanya. Mstar
Sumber : http://newsredapple.blogspot.com/2014/11/wajah-tunang-sam-bunkface-aida-penerbit.html
0 Komentar untuk "4 Gambar : Wajah tunang Sam Bunkface Aida penerbit di TV3 Yang Cantik"