Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Adik Rayyan Pilih Sendiri BMW Impiannya Malam Tadi

Adik Muhammad Rayyan Azhar, 5, cukup bertuah semalam apabila dia diberi peluang sendiri untuk memilih kereta jenama BMW mana yang disukainya untuk memenuhi impiannya menaiki kereta mewah itu.

Itulah kegembiraan yang terpancar di wajah kanak-kanak itu yang menghidap kanser otot apabila melihat deretan kereta BMW berbaris di jalan raya di depan rumahnhya di Padang Jawa, Klang malam tadi.

Dia memilih sebuah kereta BMW berwarna putih yang menjadi kegemarannya.Lebih dari 120 kereta jenama BMW dari kelab Mthusiast BMW Club serta kelab-kelab lain seperti BMW E60 Owners Club, E46 Bimmers, Kelab 1series dan Z4 membanjiri laluan di Lebuhraya Persekutuan sebagai meraikan permintaan Muhammad Rayyan.

Deretan sebahagian kereta jenis BMW pelbagai model diparkir di stesen Petronas di Padang Jawa di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang sebagai persiapan sebelum menjemput Muhammad Rayyan malam tadi. - Foto MYNEWSHUB>CC

Pada 17 November lepas, Mynewshub.cc melaporkan ibunya Hasni Hasan menulis di laman sosial Facebook tentang keinginan anaknya untuk menaiki sebuah kereta BMW dan berharap ada pihak yang memiliki kereta jenis itu dapat membawa anaknya bersiar-siar.

Hasilnya, Presiden Kelab MThusiast BMW Mohd Niezam Ismail terpanggil untuk memenuhi impian adik Muhammad Rayyan dan menghantar wakil kelab untuk memaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak itu tentang hasrat mereka.

1030662OO

1800488_960137304001097_2754161654381305_n

Mohd Niezam berkata pada mulanya mereka hanya menjangkakan hanya sekitar 10 buah kereta jenis BMW akan hadir memberikan sokongan memandangkan program yang dirancang secara cepat itu diadakan pada hari bekerja.

“Jika lebih pun saya mensasarkan mungkin sekitar 75 hingga 80 buah kereta yang akan datang, bagaimanapun kami sebak dan terkejut kerana lebih 120 kereta BMW yang hadir memberikan sokongan kepada program ini,” katanya kepada Mynewshub.cc malam tadi.

Sebanyak empat buah kereta pada mulanya menjemput Muhammad Rayyan dan keluarganya di rumah mereka sebelum kemudian menaiki kereta BMW pilihannya dibawa bersiar-siar sekitar Shah Alam sebelum disambut di restoran KFC di Extreme Park di Shah Alam.

Ketika bersiar-siar, deretan baki lebih 120 kereta menyertai konvoi Muhammad Rayyan yang turut dikawal oleh anggot polis trafik bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta menjamin keselamatan.

Di restoran KFC, Muhammad Rayyan diberikan sambutan ulangtahun kelahirannya lebih awal iaitu pada 23 November oleh para ahli kelab Mthusiast BMW Club serta diberikan hadiah sebuah kereta model BMW kawalan jauh.

Pelawak kumpulan Virus, Tauke yang kini beraksi dalam Maharaja Lawak Mega 2014 turut hadir pada malam semalam sebagai menyokong Muhammad Rayyan tambahan pula beliau juga memiliki kereta jenis BMW.

Tauke Raja Lawak yang kini anggota kumpulan Virus dalam Maharaja Lawak Mega 2014 di hadapan kereta BMW miliknya. Beliau turut bersama-sama anggota kelab Mthusiast BMW memberi sokongan kepada Muhammad Rayyan. - Foto MYNEWSHUB.CC

Tauke Raja Lawak yang kini anggota kumpulan Virus dalam Maharaja Lawak Mega 2014 di hadapan kereta BMW miliknya. Beliau turut bersama-sama anggota kelab Mthusiast BMW memberi sokongan kepada Muhammad Rayyan.

Tauke Raja Lawak yang kini anggota kumpulan Virus dalam Maharaja Lawak Mega 2014 di hadapan kereta BMW miliknya. Beliau turut bersama-sama anggota kelab Mthusiast BMW memberi sokongan kepada Muhammad Rayyan.

Menurut Hasni, Muhammad Rayyan menghidap barah otot yang mana menyebabkan ototnya membesar sehingga menghimpit pundi kencingnya sekaligus menyukarkan dia bergerak dan berjalan.

“Selepas menjalani dua kali rawatan Kimoterapi, Alhamdulillah kini (Muhammad) Rayyan boleh berjalan,” katanya kepada Mynewshub.cc.

Sementara itu, bapa Muhammad Rayyan, Azhar Ahmad berkata anaknya itu mula menggemari kereta model BMW ketika usia dua tahun dan sentiasa menunjuk jari ke arah kereta BMW jika ternampak di jalan raya. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Adik Rayyan Pilih Sendiri BMW Impiannya Malam Tadi"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info