Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Bekas vokalis Exist ditahan

KUALA LUMPUR – Ezad, bekas vokalis kumpulan Exist ditahan bagi membantu siasatan kes dadah di pekarangan tempat letak kereta di kompleks beli-belah Selayang, Selangor dekat sini semalam.

Satu sumber mem­beritahu, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohamad Lazim ditahan pada pukul 1.30 petang ketika dia berada di dalam sebuah kereta Toyota Wish oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.


Menurut sumber itu, pihak polis cuba menyelesaikan satu siasatan kes selepas menjumpai satu paket plastik lut sinar yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu.

“Sebelum menahan Ezad, polis menerima aduan orang awam yang mengatakan penyanyi itu berada di kawasan pusat beli-belah tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

0 Komentar untuk "Bekas vokalis Exist ditahan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info