Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Kurang Ajar!! fiza Elite Dibuli Pemandu Teksi

Fiza Elite isteri kepada Adam AF telah ketakutan apabila seorang pemandu teksi cuba membulinya di lebuhraya Selayang-Kepong.

Sebuah teksi telah memotongnya dan menghalang keretanya. Fiza Elite tidak tahu apa kesalahannya sehingga pemandu teksi itu cuba membulinya. Lapor hotlips-yuya.blogspot.com

Ini komen Fiza Elite: via mStar

"Seorang pemandu teksi berlaku kurang ajar ditengah jalan, sudahlah membawa teksi seperti orang gila, selepas itu dia boleh halang kereta saya dengan berhenti secara tiba-tiba.


"Kalau ada lori datang daripada belakang memang kena langar jawabnya kereta saya. Pemandu teksi itu kemudian keluar dan marah-marah, dia fikir saya seorang sahaja dalam kereta itu.

"Nasib baik ada anak buah saya yang berbadan besar keluar untuk selesaikan perkara itu, terus dia kecut perut,"

"Tolonglah jangan jadi pembuli jalan raya terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.



"Disebabkan seorang pemandu teksi berperangai sebegini akan menyebabkan orang beri persepsi buruk kepada semua pemandu teksi lain,"

Sementara itu, Adam AF, suami Fiza Elite tidak berada di tempat kejadian. Adam AF telah memberi komen tentang hal ini:

"Alhamdulillah dia tidak diapa-apakan, dia ada beritahu saya dan menceritakan hal tersebut. Saya hanya nasihatkan dia supaya bersabar dan lebih berhati-hati selepas ini terutama jika keluar bersendirian.

"Setakat ini, kami tidak ambil apa-apa tindakan lagi, cuma saya harap tiada lagi kejadian sebegini berlaku,"

Diharap Fiza Elite dapat membuat laporan polis dan juga memberi no plat teksi itu. Bukti gambar dan nama dah ada lagi bagus. Jangan lepaskan pembuli jalanraya! -SUMBER
0 Komentar untuk "Kurang Ajar!! fiza Elite Dibuli Pemandu Teksi"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info