Menurut ruangan Cik Pang di Harian Metro, perkhabaran tersebut mengatakan Lisa sudah mengandung tetapi masih di peringkat awal manakala Lisa pula ketika ini masih tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal.
Terlalu awal ketika ini untuk membuat sebarang spekulasi namun apa-apa pun berita yang bakal kita dengar daripada mulut Lisa nanti, kami doakan yang terbaik. Kami pasti ramai peminat Lisa dan juga Yusry ternantikan saat-saat bahagia dengan kehadiran si comel penambah seri keluarga tersebut. (rtky/syfq)
Sumber: Rotikaya
0 Komentar untuk "Adakah benar Lisa surihani kini hamil ?"