SAMSUNG didirikan oleh Lee Byung-chull pada 1938 sebagai syarikat perdagangan makanan.
Samsung ketika itu menghasilkan produk mi dan beribu pejabat di wilayah Daegu, Korea Selatan seperti dilaporkan dari portal SinarHarian.
Lee Byung-chull
Perniagaan ini berjaya dan kemudian berpindah ibu pejabat ke Seoul. Setelah perang Korea selesai, Samsung mula melebarkan sayap perniagaannya.
Pada 1954, Samsung membangunkan kilang pakaian kapas terbesar di Korea Selatan. Berjaya di bidang perniagaan yang dirintisnya, Samsung akhirnya masuk ke perniagaan elektronik pada 1960.
Produk pertama mereka adalah televisyen berlayar hitam putih.
Mengikut bahasa Korea, Samsung bermakna tiga bintang dan dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.
Kini Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan dan berada pada kedudukan 20 di dunia.
Di Korea, Samsung mempunyai peranan ekonomi yang sangat penting bagi Korea Selatan.
Dianggarkan, 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah daripada Samsung.
Produk dan perkhidmatan buatan Samsung juga mempengaruhi kehidupan masyarakat Korea Selatan daripada telefon pintar, tempat tinggal sehinggalah perlindungan insurans daripada Samsung.
Bahkan ada beranggapan Pengerusi Samsung lebih berkuasa berbanding presiden Korea Selatan.
Bagi pasaran di Malaysia, jenama Samsung dikenali ramai menerusi jualan telefon pintar yang menjadi antara pilihan teratas di kalangan pengguna.
Antara jenama telefon pintar keluaran Samsung adalah Samsung Galaxy, Samsung Note, Samsung Neo dan Samsung Galaxy Tab.
Sumber : http://penpatah.blogspot.com/2015/01/di-sebalik-jenama-samsung-yang-kita.html
0 Komentar untuk "Di Sebalik Jenama Samsung Yang Kita Tidak Tahu"