Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Zamani Slam Positif Dadah, 10 Tahun Terlibat Aktiviti Penagihan

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan dikediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis Morphine.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu).

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.


Menurut maklumat yang dihantar sumber Astro Gempak, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik dikediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

Artikel Asal : http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/144789/Zamani-Slam-Positif-Dadah-10-Tahun-Terlibat-Aktiviti-Penagihan.aspx
0 Komentar untuk "Zamani Slam Positif Dadah, 10 Tahun Terlibat Aktiviti Penagihan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info