Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Fuhh : 6 Gambar Foto - Foto tunang Hafiz yang cun

#Kuching: Genap setahun bercinta, penyanyi popular tanah air, Hafiz Suip akhirnya mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya Nureffy Jesreel Abdullah, 23.

Majlis pertunangan mengikut tradisi Melayu Sarawak diadakan meriah di hotel terkemuka di bandar ini turut dihadiri keluarga, rakan serta kenalan rapat dua keluarga itu.


Rombongan keluarga Hafiz yang memakai pakaian bertemakan ungu masuk ke dalam dewan membawa 11 dulang hantaran diikuti wakil perempuan dengan balasan 13 dulang.









Majlis dimulakan dengan acara berbalas pantun daripada wakil kedua keluarga, diikuti istiadat menyarung cincin.

Hafiz ketika ditemui, gembira impiannya untuk bertunang pada hari kelahirannya ke-25 tercapai dan mudah baginya untuk memperingati hari bersejarah itu.

Pemenang Akademi Fantasia Musim Ketujuh ini terdahulu mengadakan majlis merisik di rumah gadis pilihan hatinya di sini, pada 21 Disember lalu.

Petang tadi di kediaman keluarga Hafiz di Taman Sukma mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat. Harian Metro 
0 Komentar untuk "Fuhh : 6 Gambar Foto - Foto tunang Hafiz yang cun"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info