Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit baharu bagi petrol RON95 ditetapkan RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter.
Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata harga itu ditetapkan berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang Februari 2015 dan kadar pertukaran mata wang.
Menteri itu turut mengingatkan semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak supaya mematuhi penetapan harga baharu ini.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan berhubung harga baharu yang ditetapkan kerajaan,” tambahnya. – BERNAMA
0 Komentar untuk "Fuhh : Harga Petrol, Diesel Naik 25 Sen Seliter Bagi Mac"