Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di rumah di Taman Seri Bahagia, di sini, kira-kira jam 11 malam selepas polis menerima aduan daripada jiran suspek berhubung kejadian pecah rumah pada Khamis lalu.
Pemeriksaan lanjut di kediaman suspek membawa kepada penemuan puluhan helai pakaian dalam wanita dalam salah sebuah bilik.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berasal dari Perak itu mengaku mencuri pakaian dalam wanita itu dengan alasan untuk dijadikan koleksi peribadi. -Hmetro
0 Komentar untuk "Fuhh : Koleksi ‘terlampau’ 50 rumah"