Ia susulan keratan akhbar daripada Harian Metro bulan lalu yang mengatakan pihak polis sedang memerhati pergerakan 10 gadis selebriti yang dikatakan menerima bayaran RM3,000 hingga RM10,000 untuk menjadi Escort Girl kepada VVIP.
Dalam temubual itu, Tasha dengan tegas kalau ia mencemarkan namanya, dia akan mengunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan segala-galanya.
Dia juga mohon kepada semua tolong henti-hentikan tabur fitnah terhadap dirinya kerana ia boleh mendatangkan dosa kering kepada mereka.
Entahlah Tasha, bak kata orang kalau tiada angin takkan pokok boleh bergoyang, tapi dalam temubual itu, Tasha jawab pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan.
Mendalam sungguh maksudnya itu, apa-apa pun Murai Batu harap lepas ni Tasha kena lebih berhati-hati. Segala pergerakan selaku seorang selebriti ini amat mudah dikesan, almaklumlah muka selalu kuar TV.
Memang senanglah orang sekeliling kenal, jadi kepada kita ni kalau takde bukti tak yah nak ‘judge’ orang. Baik kita jaga kain kita sendiri.. Haah Gitu!!!
Hosted on: kamithemedia.blogspot.com
0 Komentar untuk "Fuhh: Tasha Shilla Antara 10 Wanita Disyaki Escort Girl VVIP"