Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Gempak : Lelaki Dikejar dalam Keadaan Separuh Bogel Di Khalayak Ramai

Lelaki Dikejar dalam Keadaan Separuh Bogel Di Khalayak Ramai kerana Berzina dengan Isteri Orang

SEGAMAT: Bandar Segamat orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogel dengan hanya berseluar pendek telah berlari di khalayak orang ramai lalu sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki yang membawa paip besi. 

Lelaki tersebut telah pergi ke arah sebuah teksi yang sedang parkir sebelum masuk ke dalam kenderaan tersebut dan menguncinya dari dalam.



Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.

Mereka kemudian ternampak seorang lelaki sedang melarikan diri dengan hanya berseluar pendek sambil dikejar oleh sekumpulan lelaki lain.

Apabila tiba di hentian teksi lelaki yg berseluar pendek itu telah masuk ke dalam teksi dan menguncinya dari dalam.

“Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.

“Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit,” katanya. -Sumber
0 Komentar untuk "Gempak : Lelaki Dikejar dalam Keadaan Separuh Bogel Di Khalayak Ramai"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info