Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.
Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abduh memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.
Pemergian Allahyarham pada malam Jumaat dalam suasana cukup tenang selepas hampir sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM.
Sementara itu, Nik Abduh mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi seluruh kaum keluarga pada jam 9.40 malam selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.
Menurutnya, solat jenazah akan dilaksanakan pada 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka.
"Saya berharap rakyat Malaysia akan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat," katanya kepada media sebentar tadi. -Sinar Harian
0 Komentar untuk "Mursyidul Am Pas Nik Aziz kembali ke rahmatullah"