Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Penyanyi Ana Raffali selamat lahirkan bayi lelaki

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ana Raffali yang pernah popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, selamat melahirkan bayi lelaki, Khamis lalu.


Berita mengenai Ana yang menimang cahaya mata sulungnya itu dimaklumkannya menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Ana, bayinya dilahirkan secara normal di Hospital Ampang, Selangor pada jam 2.25 petang.Bayi itu juga lahir lebih awal pada tarikh jangkaan sebenar iaitu 5 Mac depan.



Sumber : BH

0 Komentar untuk "Penyanyi Ana Raffali selamat lahirkan bayi lelaki"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info