Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Terbaru: Ezad Exist Mengaku Bersalah Miliki Dadah

#Bekas penyanyi kumpulan Exist, Ezad Lazin yang juga dikenali sebagai Ezad Exist hari ini telah mengaku bersalah dalam Mahkamah Mejistret Selayang diatas pertuduhan memiliki dadah jenis syabu yang seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Ezad atau nama sebernya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 34, telah mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri.


Sebelum ini, Ezad ditahan kira-kira jam 1.30 petang oleh pihak berkuasa di  kawasan tempat letak kenderaan di Kompleks Selayang Mall selepas menerima aduan dari orang awam.

Ezad yang ditahan di dalam kereta oleh Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gombak turut menemui sepaket kecil lut sinar yang disyaki syabu.

Malah, ketika ujian saringan air kencing, Ezad disahkan positif menggunakan dadah.

Ketika itu Ezad berada dalam sebuah kereta dan ditahan oleh Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gombak. Dalam kejadian itu, sepaket kecil lut sinar disyaki syabu ditemui bersama.

Ujian ari kencing terhadap Ezad juga disahkan positif menggunakan dadah. ─ Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Terbaru: Ezad Exist Mengaku Bersalah Miliki Dadah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info