Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Terbaru : Pengumuman Mengejutkan Sepahtu Setelah Tamat MLM2014

Satu pengumuman yang sememangnya kesemua peminat setia Sepahtu tidak mahu dengar akhirnya berlaku juga.

Sepahtu telah membuat kejutan apabila mengumumkan untuk tidak bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega musim akan datang.

Sepahtu yang terdiri dari Jep dan Shuib akui sememangnya keletihan apabila menyertai pentas Maharaja Lawak Mega 2 musim berturut-turut.

Sepahtu menjuarai MLM2013 apabila menewaskan Shiro, dan tahun ini, Sepahtu menduduki tempat kedua, tewas kepada kumpulan Zero.

Dari beberapa sumber, Sepahtu akan menarik diri untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega di musim baru nanti, mahu berehat.

Sebelum ini, Nabil mengumumkan telah bersara dari arena pentas Maharaja Lawak Mega.


0 Komentar untuk "Terbaru : Pengumuman Mengejutkan Sepahtu Setelah Tamat MLM2014"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info