Pelakon Shahiezy Sam dan Erra Fazira pula bertindak sebagai pengapit kepada pasangan tersebut.
Majlis berkenaan diadakan secara sederhana dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan teman rapat pasangan itu.
Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 31, menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 manakala wang hantaran sebanyak RM50,000.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan Sabtu (esok) di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam.
Terdahulu, Yana memberitahu dia terkejut apabila Fadzil sabar menantinya sejak dari awal perkenalan dan selepas merisiknya pada 16 September 2010.
Malah dia tidak menyangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepadanya biarpun terpaksa menunggu lama sebelum dia benar-benar bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
"Dia adalah seorang lelaki paling penyabar selain senang dibawa berbincang. Saya hormat sikap dan dirinya. Pada mata saya dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama," katanya.
Fadzil yang juga adik kepada aktor Farid Kamil menghantar rombongan meminang kepada keluarga Yana sekitar Disember tahun lalu. - MStar
0 Komentar untuk "Terkini Yana Samsudin & Fadzil Zahari Bergelar Suami-Isteri Dengan Sekali Lafaz"