Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rohana berkata, dia takut untuk keluar rumah kerana sering diganggu ah long.
“Suami saya pinjam dengan ah long dengan alasan mahu kembangkan perniagaan ikannya di pasar, namun setelah mendapat wang itu, suami tidak gunakan untuk perniagaan sebaliknya membeli kenderaan mahal yang memerlukan bayaran balik setiap bulan dengan harga yang tinggi.
Katanya, hasil pendapatan menjual ikan yang tidak seberapa terpaksa digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta dan ah long sehingga menyebabkan modal untuk membeli barang perniagaan tidak mencukupi.
“Disebabkan tiada modal, perniagaan ikan ini tidak mampu lagi diteruskan.
“Kini saya dan suami terpaksa bersembunyi di kawasan pedalaman kerana tiada duit untuk bayar ah long dan saya minta jasa baik rakan bantu saya lunaskan hutang ah long,” katanya. -Sinar Harian
0 Komentar untuk "Fuhh: Padah mahu hidup dalam kemewahan"