Memetik laporan , AFP, Jolie yang juga merupakan duta Khas Suruhanjaya Tinggi PBB untuk pelarian, berkata dianggarkan 3.9 juta rakyat Syria menjadi pelarian sejak perang saudara meletus kira-kira empat tahun lalu di negara itu.
“Tujuan PBB ditubuhkan adalah untuk menghalang dan menamatkan konflik , menjadikan negara di seluruh dunia bersatu dan mencari penyelesaian politik serta menyelamatkan nyawa.
“Ternyata kita (PBB) gagal menterjemahkan tujuan itu di Syria,” katanya ketika berucap pada sidang badan dunia itu, semalam.
Jolie turut menyuarakan kemarahannya terhadap kebuntuan untuk menamatkan perang di Syria antaranya dek perbezaan pendapat dan kegagalan Majlis Keselamatan PBB menunaikan tanggungjawab mereka.
“Majlis sepatutnya bersatu untuk menyelesaikan konflik dan membantu berjuta-juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara-negara jiran,” katanya.
Majlis Keselamatan PBB terbahagi antara kuasa Barat yang mahu tekanan dikenakan ke atas Damsyik, manakala sekutu kuat Syria iaitu China dan Rusia tidak bersetuju dengan usul tersebut._Sinar Harian
0 Komentar untuk "Angelina Jolie kritik Majlis Keselamatan PBB"