Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Twitter kerabat Arab Saudi kena godam

SELEPAS dikritik hebat di laman sosial, seorang kerabat diraja Arab Saudi,  Putera Al-Waleed Talal mendakwa akaun Twitternya digodam.


Media Saudi  melaporkan, kenyataan itu dibuat selepas kerabat Saudi yang juga individu ke-26 terkaya di dunia itu menawarkan 100 kereta Bentley kepada 100 juruterbang yang terlibat dalam kempen pengeboman Yaman.

Kenyataan itu diumumkan selepas tamat fasa pertama pengeboman di negara itu, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik kerana hadiahkan Bently kepada pengebom]

Bagi pengikut twitter Putera Al-Waleed seramai 3 juta orang, mereka menyokong tindakan tersebut dan tidak kurang juga merasa terhina dengan tawaran terbabit.

Twitter Putera Al-Waleed itu bagaimanapun telah dikongsi lebih 28,000 pengguna dan lebih 5,000 pautan diwujudkan sebelum ia dipadamkan.-Sinar Harian
0 Komentar untuk "Twitter kerabat Arab Saudi kena godam"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info