Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Akibat Cemburu Buta Suami, Rakan Sekerja Isteri Mati Ditikam

Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila menikam rakan sekerja isterinya berulang kali hingga mati hanya kerana melihat mereka berjalan bersama.

Media tempatan melaporkan Qin Han, 39, yang sudah lama menyangka isterinya Du, 33, mempunyai hubungan sulit menyerang dan menikam mangsa dikenali sebagai Zhao di khalayak ramai.



Seorang saksi berkata, kejadian berlaku dengan begitu pantas dan Qin tidak melarikan diri selepas melakukannya.

“Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah. Namun Qin cuma duduk di situ seolah-olah menunggu polis datang menahannya.


“Isterinya menjerit dan meraung. Saya mendengarnya menjerit ‘Apa saya nak buat sekarang’” katanya

Jiran pasangan itu berkata, mereka sering bertengkar kerana sifat suami yang cemburu buta malah Qin kerap menuduh Du meniduri lelaki lain.

Sifat cemburu itu dikatakan mendorong Qin mengekori isterinya ke tempat kerja untuk ‘mencari bukti’ kecurangannya.

Dia juga tidak mempedulikan cubaan Zhao yang menafikan tuduhannya dan cuba meredakan keadaan.


“Malah dia nampak semakin marah walaupun mangsa berkali-kali cuba memberi penjelasan,” kata saksi.

Menurutnya, Qin mengeluarkan pisau dan menikam Zhou ketika mangsa cuba beredar dari situ.

Ketika ditahan, Qin yang juga berlumuran darah didengar berkata kepada isterinya: “Jagalah anak-anak kita. Ini bukan salah kamu.” - Agensi
0 Komentar untuk "Akibat Cemburu Buta Suami, Rakan Sekerja Isteri Mati Ditikam"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info