Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Rangka bayi dalam semak

Butterworth: “Tiba-tiba hati saya tergerak untuk berpatah balik dan melihat kandungan di dalam plastik,” kata seorang pekerja swasta yang menemui rangka dipercayai bayi ketika menjalankan kerja mengukur tanah di Jalan Todak di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 20-an, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas bersama dua rakan.



Menurut Azman, selesai mengukur tanah, mereka bergerak pulang sebelum dia terlihat bungkusan plastik hijau di dalam semak.

“Saya berpatah balik dan membuka plastik berkenaan. Saya terkejut kerana mendapati ia rangka manusia termasuk tengkorak dan berdasarkan saiz, ia mungkin rangka bayi.

“Saya menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya .

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.“Kami menghantar rangka itu ke Hospital Seberang Jaya untuk dianalisis,” katanya. - Harian Metro
0 Komentar untuk "Rangka bayi dalam semak"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info