Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Gadis Tak Sempat Sarung Pakaian Ketika Diserbu

Seorang daripada wanita warga asing terbabit dalam aktiviti persundalan tidak sempat menyarung pakaiannya ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya Johor Bahru, Johor jam 9 malam semalam.

Wanita warga China sebelum itu dikesan ditawarkan sindiket pelacuran melalui aplikasi Wechat.

Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar kegiatan sindiket pelacuran ini menggunakan aplikasi internet 'WeChat' yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia selepas melakukan risikan selama empat hari.


Untuk rekod, aplikasi ini turut digunakan remaja serta kanak-kanak di bawah umur tanpa had sekaligus mendedahkan mereka kepada aktiviti songsang.

Sindiket pelacuran ini juga secara terbuka memaparkan pelbagai foto lucah wanita diperdagangkan lengkap dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.Melalui kaedah penyamaran, anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor berjaya menyusup ke premis terbabit sebagai pelanggan. Antara ditawarkan sindiket ini, wanita warga China, Vietnam dan Indonesia dengan caj perkhidmatan di antara RM188 dan RM588 termasuk kos penggunaan bilik.

Siasatan mendapati, pelanggan hanya perlu mengetahui nombor bilik didiami wanita terbabit yang diberikan oleh bapa ayam melalui komunikasi menggunakan sistem pesanan ringkas.

Laporan Sepenuhnya Disini 
0 Komentar untuk "Gadis Tak Sempat Sarung Pakaian Ketika Diserbu"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info