Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Gambar menyayat hati, sekitar penceraian Raja Azmi dan Eddie CRK di Mahkamah [ 7 Gambar ]

Sedih benar hati kami dengan berita penceraian Raja Azmi dan Eddie CRK di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 3.07 petang tadi.

Eddie CRK dengan amat berat hati dan sebak di dada terpaksa menceraikan Raja Azmi talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.


Selepas itu, hakim kemudian memerintahkan Raja Azmi menjalani tempoh edah selama tiga bulan. Pasangan ini menggunakan khidmat peguam yang sama iaitu Nailah Ramli.

Perkahwinan yang baru menjangkau usia setahun sebulan antara penerbit filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya Mohd Eddie Ghazali akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini sebentar tadi.







Mohd Eddie, 46, yang sebak melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi, 55, semalam.

Raja Azmi memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shaiful Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

Raja Azmi hadir memakai baju kurung pucuk pisang dan berselendang hitam manakala Mohd Eddie memakai kemeja ungu dan berseluar hitam.

Pada prosiding itu, Mohd Eddie tidak diwakili peguam manakala Raja Azmi diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.

Mereka hadir bersama-sama dengan menaiki sebuah kereta pada jam 2.30 petang - Harian Metro
0 Komentar untuk "Gambar menyayat hati, sekitar penceraian Raja Azmi dan Eddie CRK di Mahkamah [ 7 Gambar ]"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info