Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Kisah Benar! Luahan Isteri Apabila Suaminya Curang Ketika Berpantang Di Kampung

Lebih Kurang Setahun lepas,saya pernah sekali menuntut cerai dari suami kerana dia berlaku curang terhadap saya ketika mengandung anak pertama.Tetapi dek kerana saya masih sayangkan perhubungan kami, saya dan dia rujuk semula.

Alhamdulillah, selepas kejadian itu, hubungan kami kembali pulih. Dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi. Saya percaya, kerana ada perkara yang membuatkan dia serik yang tidak dapat saya kongsikan bersama.

Tidak lama selepas kami kembali bersama, saya dikurniakan cahaya mata kedua. Alhamdulillah, kami sangat gembira. Dah dapat sepasang, maka lengkaplah keluarga kami. Iya, kami memang merancang inginkan dua anak sahaja.


Selepas bersalin anak kedua, saya pulang ke kampung untuk berpantang. Maka tinggallah si suami di rumah keseorangan. Saya risau, risau makan minumnya tidak terjaga. Tetapi dia menenangkan hati saya, usah difikirkan sangat tentang dirinya. Tahulah dia nak ‘survive’ di rumah tanpa isteri. Lagipun, bukannya dia tidak pernah melalui hari-hari seperti itu.

Sehinggalah ke suatu hari (beberapa hari sebelum tamat tempoh berpantang), saya rasa macam tidak sedap hati. Gelisah tak tentu arah, tak tahu apa penyebabnya. Lalu saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah di Kuala Lumpur tanpa memberitahu suami.

Sampai di rumah, alangkah terkejutnya saya. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan saya pada ketika itu.

Dalam rumah, penuh dengan barang-barang milik perempuan itu. Baju, alat solek, syampu dan sebagai, lengkap, bagaikan perempuan itu isterinya yang sah.

Paling menyakitkan hati, suami siap letak gambar perempuan itu dalam bilik tidur kami!

Cadar di atas katil, penuh dengan kesan-kesan air nafsu. Saya terduduk dan hampir pitam melihat kesemua itu.

Saya menunggu dia balik, saya minta penjelasan darinya. Wajahnya sayu penuh dengan kekesalan dan tidak berhenti-henti meminta maaf pada saya. Hati dan jiwa saya terasa dirobek dengan pisau yang tajam. Saya sudah hilang rasa cinta pada dirinya.

Apabila ditanya, siapakah perempuan itu. Dia agak berat hati untuk mendedahkannya. Namun setelah dipaksa, perempuan itu adalah rakan sepejabatnya.

Punca kegelisahan saya telah terjawab. Peluang kedua yang saya beri telah disia-siakan. Saya buntu.. sudahlah saya baru saja berhenti kerja di awal waktu mengandung anak kedua. Entah apa tindakan yang patut saya buat. Saya bimbang dengan nasib anak-anak. Apakah saya patut bercerai saja dengan dia?

Komen anda selepas membaca?mungkin boleh menjadi iktibar kepada orang lain..

Sumber: http://www.myberitaharian.com/2014/12/kisah-benar-luahan-isteri-apabila.html
0 Komentar untuk "Kisah Benar! Luahan Isteri Apabila Suaminya Curang Ketika Berpantang Di Kampung"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info