Riezman akan genap 45 tahun pada Mac depan manakala Kartina pula akan masuk 46 tahun pada April ini.
Riezman yang dihubungi BH Online sebentar tadi cukup tenang dengan apa yang terjadi. Beliau menerima suratan hidup ini dengan hati terbuka. Februari depan ikutkan akan genap 14 tahun usia perkahwinan yang dibina tetapi perpisahan juga yang terjadi.
"Saya anggap ini ujian untuk diri sendiri selain aturan hidup buat kedua belah pihak termasuk dia (bekas isteri). Kami berpisah secara baik. Jujur tidak bergaduh apatah lagi wujud orang ketiga antara perkahwinan kami.
"Saya sendiri pun sejak tahun lalu banyak mendekatkan diri dengan Tuhan. Perpisahan ini terjadi tanpa mahu membebankan diri masing-masing. Kita berpisah ikut landasan Islam.
"Malah sebelum berpisah ini pun kami tak pernah tidak tinggal sebumbung. Perpisahan ini harapnya akan mengubah hidup kami jadi lebih baik. Insya-Allah.
"Kami akan bergilir-gilir jaga anak. Sekolah anak pun dekat dengan rumah kami," katanya yang datang satu kereta bersama bekas isterinya ke mahkamah.
Mula serius berlakon sepenuh masa pada penghujung 1994, Riezman turut menceburi dunia perniagaan sebagai jaminan hidup.
"Tak lama lagi akan ada pelancaran produk kolagen pertama di Malaysia yang mempunyai ramuan Habbatus Sauda. Saya juga aktif memberi ceramah motivasi untuk usahawan selain menyelit perihal kerohanian," katanya,
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak - Afiq Kiraman, 12 dan Ruzain Nars, 7, selain Tatiana Batrisya (20) anak hasil perkahwinan pertama Kartina. -BH
0 Komentar untuk "Riezman Khuzaimi sah cerai talak satu dengan isteri"