Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Punca Sebenanr Diana Rafar Fail Penceraian Terhadap Zamarul Hisham

Pelakon Diana Rafar telah memohon dan menfailkan penceraian terhadap suaminya Zamarul Hisham.

Berita Harian telah menghubungi Diana Rafar yang mengesahkan perkaran tersebut. Diana dikatakan menfailkan penceraian tengah hari tadi, (15 Januari 2015)


Ini komen Diana Rafar:

"Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,"

Diana Rafar juga memberitahu dia kini telah menutup aurat dan bertudung sepenuhnya.

Ini komen Diana lagi:

"Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap. 

"Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.

Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan.

Sumber : http://hotlips-yuya.blogspot.com/2015/01/diana-rafar-fail-penceraian-terhadap.html
0 Komentar untuk "Punca Sebenanr Diana Rafar Fail Penceraian Terhadap Zamarul Hisham"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info