Demikian reaksi isteri kepada penyanyi rock terkenal, Rozana Misbun, 37, yang bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam yang membatalkan perintah hak jagaan anak sementara (hadanah) sebelah pihak (ex-parte) yang diperoleh Awie pada tahun lalu.
Dengan keputusan terbabit, Awie kini terpaksa berkongsi hak penjagaan ke atas tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezkki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 4, bersama Rozana.
Keputusan mahkamah itu sekali gus membolehkan Rozana yang merupakan adik pelakon Haliza Misbun mene-mui ketiga-tiga anak mereka tanpa sebarang halangan daripada Awie pada bila-bila masa.
Mohd. Amran dalam penghakimannya berkata, mahkamah menekankan dua perkara berdasarkan permohonan Awie ketika mendapat perintah hadanah sebelah pihak sebelum ini.
“Isu pertama iaitu mengenai pemastautin Awie yang mana mahkamah menolak permohonan itu ekoran Awie menggunakan Mykadnya yang beralamat di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, namun permohonan bagi tempat tinggal dan alamat untuk jagaan anak mereka menggunakan alamat di Ukay Perdana, Ampang, Selangor,” katanya. -Kosmo
0 Komentar untuk "Awie terpaksa kongsi jaga anak"