Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Apa dah jadi !! 'Power Rangers' tikam rakan dengan pedang

Bekas bintang rancangan bersiri ‘Power Rangers’ ditahan dan dipenjara polis atas dakwaan membunuh rakan sebiliknya pada minggu lalu.

Memetik laporan portal Fox 411, Ricardo Medina Jr, 36, yang ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin ASD1 juta dilaporkan menikam rakan serumahnya, Joshua Sutter, 36, dengan menggunakan pedang di sebuah apartment di Palmdale pada Sabtu lalu.

Jurucakap Jabatan Syeriff Los Angeles, Juanita Navarro-Suarez, bintang Power Rangers itu dikatakan bertengkar dengan Sutter yang kemudiannya menjurus ke arah pergaduhan.


Sejurus selepas pergaduhan tersebut berakhir, Medina masuk ke biliknya bersama teman wanita sebelum mengunci pintu bilik.

Sutter yang dikatakan masih tidak berpuas hati memaksa Medina membuka pintu biliknya.

Medina yang berang mengambil sebilah pedang yang disimpan di dalam bilik itu sebelum menikam rakannya dibahagian abdomen.

“Suspek kemudian membuat panggilan ke talian kecemasan dan menunggu pihak berkuasa sampai ke lokasi kejadian,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan terbabit.

Medina memegang watak sebagai adiwira Red Lion Wild Force Ranger dalam siri ‘Power Rangers Wild Force’ pada tahun 2002.

Sementara itu, ejen Medina, Gar Lester dikatakan tergamam saat menerima berita penahanan Medina.

“Dia kawan dan juga klien saya selama 12 tahun dan dia sebenarnya sangat baik. Dia melayan anjingnya dan orang sekeliling dengan baik selama ini,” katanya. -Sinar Harian
0 Komentar untuk "Apa dah jadi !! 'Power Rangers' tikam rakan dengan pedang"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info