Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang.
“Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan dan terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau,” katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.
Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis. Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
0 Komentar untuk "Kejam, Pelajar UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki"