Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Buru tiga dalang rakyat Malaysia

Kuala Lumpur: Polis Thailand memburu tiga rakyat Malaysia dan seorang warga Thailand yang dipercayai menjadi dalang penipuan skim piramid membabitkan 14,700 orang mangsa dari Thailand , Malaysia dan Indonesia dengan kerugian dianggarkan 10 billion baht (RM1 billion).
Memetik laporan BangkokPost.com, suspek yang diburu ialah pemegang saham dan pengarah syarikat UFun Co Ltd, Tae Kim Leng, 40; pengarah Lee Kuan Ming, 38; pemegang saham dan pengarah Wong Ching Hua, 42; dan pemegang saham dan pengarah Arthit Pankaew, 47.
Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Poompanmoung berkata, pihaknya menerima aduan terhadap syarikat itu melalui pusat bantuan kerajaan selepas mangsa tidak menerima saham dan keuntungan yang dijanjikan sejak 2014.


“Pihak kami sudah meneliti perniagaan ini dan mendapati ia sebenarnya adalah satu skim piramid.
"Jadi, pihak kami sudah membatalkan lesen korporat mereka pada 8 April lalu dan mendapatkan waran tangkap terhadap lapan pemegang saham dan pengarah syarikat terbabit,” katanya.
Menurut Poompanmoung, pihaknya mendapati syarikat terbabit langsung tidak menyebut tentang produk ketika membuat jualan.
"Sebaliknya mereka menggesa pelanggan untuk mengembangkan pasukan masing-masing dengan menawarkan pulangan barangan bernilai tinggi seperti kereta atau jongkong emas.
"Dengan cara itu, wang keuntungan yang dijana adalah datang daripada ahli baru dan bukannya daripada menjual produk," katanya.
UFun memperoleh wang dengan memujuk orang ramai untuk melabur dengan pihak mereka melalui laman web.
Skim terbabit menawarkan lima kedudukan pelaburan. Selepas menjadi ahli, pelanggan akan mendapat mata untuk diskaun apabila membeli produk.
Ahli juga diminta untuk memujuk orang lain untuk menyertai pasukan mereka dengan membeli UToken, iaitu mata wang maya khas yang digunakan untuk membeli produk syarikat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44010#sthash.wdqI1VCD.dpuf-my Metro
0 Komentar untuk "Buru tiga dalang rakyat Malaysia"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info