KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang di sini diberitahu bahawa sembilan keping gambar seorang wanita yang mengalami kecederaan ditemui di dalam dua telefon bimbit yang diambil oleh pegawai penyiasat kes. Insp Latifah Abdul Aziz, 34, yang bertugas sebagai juruanalisis imej alat elektronik di jabatan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkata semua gambar itu diambil daripada telefon bimbit Samsung dan Blackberry. "Saya telah menjalankan pemeriksaan terhadap telefon bimbit jenis Samsung menggunakan satu perisian bagi mendapatkan semua data yang ada di dalam telefon bimbit itu sama ada yang telah dipadam atau data yang telah disembunyikan.
"Hasilnya terdapat empat keping gambar seorang wanita yang mengalami kecederaan di muka," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene dalam hari pertama perbicaraan kes penyanyi rock, Awie yang menghadapi tuduhan mencederakan isterinya, Rozana Misbun, pada Jun tahun lepas. Selain itu, saksi kedua pendakwaan itu turut menemui lima keping gambar selepas menjalankan pemeriksaan yang sama terhadap telefon bimbit jenis Blackberry pada 3 November tahun lepas. Pada 4 Julai lepas, Awie, 46, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas. Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Latifah yang berpengalaman selama sembilan tahun dalam bidang audio dan video di makmal forensik PDRM, berkata pihaknya menemui sembilan keping gambar yang diambil melalui rakaman kamera litar tertutup. "Pegawai penyiasat kes telah memohon untuk mendapatkan imej suspek dan pengadu yang sedang berjalan masuk dan keluar dari sebuah bank dan imej pengadu dan suspek semasa berada di kaunter bank. "Hasilnya, terdapat sembilan gambar yang diperoleh daripada rakaman berkenaan, namun hasilnya mendapati imej pengadu dan suspek dalam rakaman tersebut tidak menampakkan keseluruhan wajah. "Rakaman itu hanya memperlihat bahagian sisi dan belakang sahaja kerana resolusi gambar itu adalah rendah menyebabkan gambar menjadi kabur," katanya yang gagal mengingati tempoh durasi rakaman. Dalam prosiding itu, penyanyi rock itu yang diwakili peguam Hazman Harun hadir bersama rakannya. Terdahulu, jurugambar PDRM, Konstabel Mohd Fauzi Mohd Noor memberitahu mahkamah beliau telah mengambil tujuh keping gambar pengadu iaitu Rozana pada 5.30 petang, 18 Jun tahun lepas. "Secara keseluruhannya gambar-gambar itu menunjukkan kecederaan pada bahagian hidung, tangan kiri dan tangan kanan," katanya. Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman bersambung esok._BHONLINE
Berita Di Malaysia Update Terkini
Popular Posts
-
Sebuah video telah berjaya dirakam seorang penumpang bas yang menunjukkan aktiviti mencurigakan seorang penumpang bas ketika hujan di sebuah...
-
Kesalahan sentiasa dilakukan sesiapa sahaja yang hidup didunia ini, dan jika melakukan kesalahan pastinya kita akan mendapatkan hukuman, sem...
-
Pelik penyanyi dan penulis lagu Emma Charlotte Aitchison yang terkenal di Negara barat, muncul dikhalayak ramai dengan pakaian yang sangat t...
-
Pintu Alam Ghaib Dibuka Sebelum Jenazah Rafikin Dijumpai | Saya dapat mesej dari seseorang yang terlibat dalam operasi mencari adik Rafikin ...
-
Here you will see some amazing pictures of an ecological house, whose construction materials is mostly wood. The results leave you wanting t...
-
Ini lah senario politik ada sahaja gambar-gambar panas yang keluar di media sosial yang membabitkan insan-insan yang bergelar pemimpin yan...
-
Terungkapnya jaringan artis PSK yang melibatkan nama artis AA ternyata berimbas ke Baby Margaretha. Artis seksi Baby Margaretha diduga terli...
-
Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak… Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai pasangan Bianca, Nick dan dua anak mereka...
-
Sudah agak lama tak dengar cerita tentang Linda Jasmin kan? Seingat kali terakhir pun selepas dia menjadi tenaga pengajar di Akademi Fantasi...
-
Sebuah video yang telah dimuat naik ke laman sosial menunjukkan satu kejadian pelik di mana terdapat buaian kanak-kanak berayun sendiri Ke...
Blog Archive
- 09/07 - 09/14 (34)
- 09/14 - 09/21 (5)
- 09/21 - 09/28 (6)
- 11/02 - 11/09 (29)
- 11/09 - 11/16 (53)
- 11/16 - 11/23 (26)
- 12/28 - 01/04 (1)
- 01/04 - 01/11 (20)
- 01/11 - 01/18 (38)
- 01/18 - 01/25 (22)
- 01/25 - 02/01 (11)
- 02/01 - 02/08 (30)
- 02/08 - 02/15 (26)
- 02/22 - 03/01 (13)
- 03/01 - 03/08 (9)
- 03/08 - 03/15 (5)
- 04/12 - 04/19 (11)
- 04/19 - 04/26 (12)
- 04/26 - 05/03 (9)
- 05/03 - 05/10 (4)
- 05/10 - 05/17 (2)
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Kes Awie: Saksi temui gambar wanita cedera dalam telefon "