Berita Malaysia

Berita Di Malaysia Update Terkini

Najib ucap takziah gempa bumi Nepal

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam gempa bumi yang melanda Nepal dan kawasan di utara India semalam.


"Harapan dan doa saya sentiasa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam gempa bumi itu," kata Najib dalam catatan beliau dalam laman Twitter dan Facebook.

Najib berkata Kementerian Luar sedang memantau situsi dengan rapi.

"Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dan mereka dilaporkan dalam keadaan selamat," katanya.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Nepal semalam bukan sahaja mengorbankan lebih 900 orang tetapi juga hampir memusnahkan beberapa bangunan berusia berabad di ibu negara Kathmandu dan kawasan sekitarnya. _MynewsHub
0 Komentar untuk "Najib ucap takziah gempa bumi Nepal"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info