Abang Nara dah lama tahu orang pergi kelab malam untuk lepaskan tekanan. Member-member Abang Nara pun ada 2,3 orang yang selalu pergi clubbing. Abang Nara faham Tasha Shilla pun stress dengan kerja. Kalau pergi clubbing, confirm menari bagai nak rak. Bak kata kawan Abang Nara, bila menari terasa dunia ini dia yang punya.
Kata Tasha Shilla:-
Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.
Nampaknya Abang Nara pun kena belajar pergi kelab malam sebab nak tenangkan fikiran. Tak pernah pulak terfikir memang berkesan aktiviti di kelab malam sampai Tasha Shilla pun mengakuinya. Tapi Abang Nara hanya mahukan Tasha Shilla untuk menjadi cikgu clubbing Abang Nara. Rasa-rasa dia sudi tak? Hehehe.
P.S: Mungkin Tasha Shilla patut bagitau kelab malam yang dia pergi. Rasanya ramai orang di luar sana yang ingin mencari ketenangan secara “berjemaah” bersama Tasha Shilla.
_Budak Hot
0 Komentar untuk "(3 GAMBAR) Saya Ke Kelab Malam Untuk Tenangkan Fikiran – Tasha Shilla"