“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seadanya. Oleh kerana adik Rami akan mengadakan majlis kahwin bulan Ogos di Qatar maka kami disyorkan untuk menganjak perancangan itu sebulan selepas itu”
Ramona yang sudah bercinta hampir dua tahun dengan Rami menyifatkan suaminya itu sebagai seorang yang pandai memujuknya serta sangat memahami personalitinya. Selain itu pasangan ini juga merancang untuk berbulan madu di Bali mahu pun Lombok.
“Ikutkan tak fikir lagi nak berbulan madu di mana. Tapi semestinya kami nak ke destinasi yang ada pulau dan cahaya matahari kerana kami berdua suka dengan persekitaran sebegitu. Saya ada mencadangkan ke Lombok dan Bali. Kalau suami beri lampu hijau, maka mungkin kami berdua akan jejak ke situ”
“Buat sementara waktu, kami hanya boleh fikirkan destinasi yang dekat-dekat dahulu kerana bulan September ada resepsi kami. Nak pakai duit macam-macam, lalu fikirkan yang terdekat sahaja,” katanya._Artis Meletop
0 Komentar untuk "RAMONA ZAMZAM RANCANG BULAN MADU KE BALI, RESEPSI SEPTEMBER INI"